FRASA KERJA TRANSITIF
Jika subjek sesuatu ayat itu frasa nama dan predikatnya frasa kerja transitif, maka ayat itu mempunyai pola FN+FK juga. Contohnya :
Pesakit itu menemui doktor.
pelajar itu mempelajari tatabahasa.
Berdasarkan ayat diberi, frasa kerja terdiri daripada kata kerja transitif dan frasa nama sebagai objek.
1.1 AYAT AKTIF
Apabila subjek sesuatu ayat menjadi pelaku dan objeknya menjadi penderita, ayat tersebut disebut ayat aktif transitif. Contohnya :
Ali (pelaku) membaca buku itu (penderita)
Dalam ayat diatas, Ali bertugas sebagai subjek. Frasa nama buku itu bertugas sebagai objek kepada frasa kerja transitif membaca. Dari segi maknanya, subjek Ali menjadi pelaku dan objek buku itu menjadi penderita, yakni yang dikenai kesan kata kerja transitif membaca.
1.2 AYAT PASIF
Apabila frasa nama yang menjadi subjek dalam sesuatu ayat itu menjadi penderita kerana dikenai kesan kata kerja pasif, maka ayat itu disebut ayat pasif. Contohnya :
Buku itu”(penderita) dibaca oleh Ali.
Frasa nama buku itu bertugas sebagai subjek manakala kata kerja pasif dibaca dan frasa sendi oleh Ali menjadi predikat. Dari segi maknanya, subjek buku itu menjadi penderita kerana dikenai kesan kata kerja kerja pasif dibaca.
1.2.1 FRASA KERJA PASIF DIRI PERTAMA
i Kerja ini kami selesaikan
ii Mesyuarat itu saya hadiri.
Bentuk-bentuk seperti kami selesaikan dan saya hadiri bertugas sabagai predikat. Oleh sebab dapat bertugas sebagai predikat, maka semua itu merupakan frasa, iaitu frasa kerja pasif diri pertama.
1.2.2 FRASA KERJA PASIF DIRI KEDUA
i Nota itu anda simpan?
ii Surat ini kaubaca?
Oleh sebab anda simpan dan kau baca dapat bertugas sebagai predikat, maka semua itu merupakan frasa iaitu frasa kerja pasif diri kedua.
1.2.3 FRASA KERJA PASIF DIRI KETIGA
i Rumah itu dibeli oleh beliau.
ii Barang-barang diangkut oleh mereka.
Kata kerja pasif yang berawalan di- dan disertai frasa sendi dapat bertugas sebagai predikat. Oleh sebab itu, dibeli oleh beliau dan diangkut oleh mereka dapat menjadi frasa kerja pasif diri ketiga.
FRASA KERJA TAK TRANSITIF
Seandainya subjek sesuatu ayat itu frasa nama dan predikatnya frasa kerja tak transitif, maka ayat itu berpola FN+FK. Contohnya :
1. Kami berjalan.
2. Tiga orang penyanyi itu menari.
Kata kerja transitif pada umumnya dapar berdiri dengan sendiri dengan maknanya lengkap tanpa objek kecuali yang berapitan ber...kan. Oleh sebab itu, kata kerja transitif dapat menjadi frasa kerja yang bertugas sebagai predikat walaupun hanya sepatah.
Friday, October 2, 2009
Wednesday, August 19, 2009
Kehebatan Insan Jika Kembali Kepada Fitrah
Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia oleh Allah SWT diiringi dengan kehebatan dalam keadaan fitrah suci bersih dari segala dosa dan noda. Namun sifat fizikal manusia yang lemah, lupa dan alpa akan sentiasa terdedah kepada kesalahan dan kesilapan. Tambahan pula rentetan hawa nafsu yang menyelubungi diri dengan gabungan serangan bertali arus dari syaitan pula akan menjadikan manusia yang asalnya suci sejak permulaan fitrahnya ini mula terdedah
kepada pencemaran diri dengan palutan dosa yang bertimpa - timpa.
Islam amat menyayangi pengikutnya. Setiap dosa ada tebusannya asalkan disertai dengan taubat nasuha dan linangan air mata keinsafan yang menginsafi diri untuk tidak mengulangi kesilapan semalam. Setiap anak Adam melakukan dosa dan kesalahan dan sebaik-baik anak Adam yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat.
Banyak elemen penghapus dosa telah dibongkar melalui petunjuk baginda. Berpuasa di bulan Ramadhan, bersedekah, beristighfar memohon ampun serta mengembalikan hak orang lain kepada pemiliknya adalah merupakan beberapa agen penghapus dosa yang telah kita lalui dengan jayanya sebulan di Bulan Ramadhan Al-Mubarak baru - baru ini. Akhirnya kita dikalungkan dengan darjah kemuliaan pada Hari Raya Aidil Fitri dari Allah SWT pemilik segala keagungan. Hari raya adalah hari bergembira yang merupakan hak bagi orang yang telah kembali kepada fitrah kesucian manusia iaitu kembali kepada kesucian fitrah.
Fitrah milik insan adalah kehebatan dan kesucian hati di atas landasan ketaatan kepada tuhan. Lambang kesucian ini adalah putih. Putih adalah warna fitrah. Lihatlah, susu yang putih adalah bagaikan kain putih yang belum dicorakkan dengan apa jua warna dan lukisan. Suatu ketika Nabi Muhammad SAW pernah menganalogi fitrah insan yang dilahirkan dalam rupa bayi yang comel umpama kain putih yang dilahirkan dalam fitrah. Lalu ke atas kedua ibu dan bapanya yang
akan mencorakkan samada dalam bentuk lukisan Yahudi atau pun seni reka cipta milik Nasrani dan Majusi.
Pertembungan antara bisikan kebaikan dan runtunan kejahatan tidak akan berakhir sehinggalah berlalunya hari Kiamat. Kita tidak punya kekuatan yang ampuh untuk mengerjakan kebaikan dan diri kita terlalu lemah untuk tidak tenggelam dalam lautan hawa nafsu dan tipu daya Syaitan namun tanpa kita sedari sebenarnya kita ada seketul daging yang memiliki kehebatan yang tidak mampu dibilang kuasanya. Ia boleh berubah menjadi lebih hebat daripada malaikat dalam kebaikan sekiranya disucikan dengan siraman taubat nasuha dan rintihan penyesalan. Namun awas andai jika kita membiarkan seketul daging ini rosak binasa maka ia akan bertukar menjadi makhluk yang paling ganas sehinggalah pemilik hati itu ibarat manusia bertopengkan syaitan dan menjunamkan martabat insan sehingga serendah kedudukan bahkan lebih rendah daripada binatang.
Maka beruntunglah bagi mereka yang menyucikan hati mereka dan kerugian serta kecelakaanlah bagi mereka yang mengotorinya.
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik - baiknya kemudian Kami akan kembalikan dia ke tempat yang serendah - rendahnya .( Surah At - Tiin Ayat 4 hingga 5) Itulah seketul daging yang dinamai hati.
Hati insan yang menuruti skema penyucian berterusan akan menjana pemiliknya kekuatan luar biasa walaupun tubuh emiliknya hanyalah insan kerdil lagi biasa - biasa saja. Sukatan wajib penyucian hati ini telah pun kita lalui di Bulan amadhan tempoh hari. Ramadhan yang membawa kepanasan kerana dalamnya dosa dicernakan. Inilah janji amadhan buat bekalan dalam mendepani cabaran sebelas bulan yang bakal mendatang.
Insan yang ikhlas menyucikan hati dan jiwanya akan keluar dari Ramadhan bagaikan memulakan hari baru dalam embaran hidupnya seperti hari pertama dilahirkan dari perut ibunya ke dunia yang sementara ini. Bukankah Rasulullah SAW pembimbing agung telah bersabda:

Solat 5 waktu ke solat 5 waktu yang lain, Jumaat ke Jumaat minggu ke minggu serta Ramadhan tahun ini sehinggalah menjelang Ramadhan yang bakal menjelang adalah penghapus noda dan dosa selagi mana pemiliknya tidak melaksanakan dosa-dosa besar&rsquo.
Kembali kepada fitrah melonjak titik permulaan insan untuk berubah dan merangka kehidupan yang lebih terarah.
Subscribe to:
Posts (Atom)