FRASA KERJA TRANSITIF
Jika subjek sesuatu ayat itu frasa nama dan predikatnya frasa kerja transitif, maka ayat itu mempunyai pola FN+FK juga. Contohnya :
Pesakit itu menemui doktor.
pelajar itu mempelajari tatabahasa.
Berdasarkan ayat diberi, frasa kerja terdiri daripada kata kerja transitif dan frasa nama sebagai objek.
1.1 AYAT AKTIF
Apabila subjek sesuatu ayat menjadi pelaku dan objeknya menjadi penderita, ayat tersebut disebut ayat aktif transitif. Contohnya :
Ali (pelaku) membaca buku itu (penderita)
Dalam ayat diatas, Ali bertugas sebagai subjek. Frasa nama buku itu bertugas sebagai objek kepada frasa kerja transitif membaca. Dari segi maknanya, subjek Ali menjadi pelaku dan objek buku itu menjadi penderita, yakni yang dikenai kesan kata kerja transitif membaca.
1.2 AYAT PASIF
Apabila frasa nama yang menjadi subjek dalam sesuatu ayat itu menjadi penderita kerana dikenai kesan kata kerja pasif, maka ayat itu disebut ayat pasif. Contohnya :
Buku itu”(penderita) dibaca oleh Ali.
Frasa nama buku itu bertugas sebagai subjek manakala kata kerja pasif dibaca dan frasa sendi oleh Ali menjadi predikat. Dari segi maknanya, subjek buku itu menjadi penderita kerana dikenai kesan kata kerja kerja pasif dibaca.
1.2.1 FRASA KERJA PASIF DIRI PERTAMA
i Kerja ini kami selesaikan
ii Mesyuarat itu saya hadiri.
Bentuk-bentuk seperti kami selesaikan dan saya hadiri bertugas sabagai predikat. Oleh sebab dapat bertugas sebagai predikat, maka semua itu merupakan frasa, iaitu frasa kerja pasif diri pertama.
1.2.2 FRASA KERJA PASIF DIRI KEDUA
i Nota itu anda simpan?
ii Surat ini kaubaca?
Oleh sebab anda simpan dan kau baca dapat bertugas sebagai predikat, maka semua itu merupakan frasa iaitu frasa kerja pasif diri kedua.
1.2.3 FRASA KERJA PASIF DIRI KETIGA
i Rumah itu dibeli oleh beliau.
ii Barang-barang diangkut oleh mereka.
Kata kerja pasif yang berawalan di- dan disertai frasa sendi dapat bertugas sebagai predikat. Oleh sebab itu, dibeli oleh beliau dan diangkut oleh mereka dapat menjadi frasa kerja pasif diri ketiga.
FRASA KERJA TAK TRANSITIF
Seandainya subjek sesuatu ayat itu frasa nama dan predikatnya frasa kerja tak transitif, maka ayat itu berpola FN+FK. Contohnya :
1. Kami berjalan.
2. Tiga orang penyanyi itu menari.
Kata kerja transitif pada umumnya dapar berdiri dengan sendiri dengan maknanya lengkap tanpa objek kecuali yang berapitan ber...kan. Oleh sebab itu, kata kerja transitif dapat menjadi frasa kerja yang bertugas sebagai predikat walaupun hanya sepatah.
Friday, October 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment